• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PN Selangor mampu tarik 20 peratus pengundi bukan Melayu – Sukri Omar

Apr 25, 2023
Spread the love

SHAH ALAM, 25 APRIL 2023 – Perikatan Nasional (PN) Selangor yakin mampu menarik sokongan 20 peratus bukan Melayu dalam misi menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka Jun depan.

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tidak mustahil misi tersebut dapat dilaksanakan melalui gelombang sokongan serta penerangan berterusan terhadap pengundi.

Menurutnya, PN menyasarkan 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditawan di Selangor.

“Untuk membentuk kerajaan negeri Selangor, PN perlu menang sekurang-kurangnya 29 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) Selangor yakin mampu menarik sokongan 20 peratus bukan Melayu dalam misi menawan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka Jun depan.

Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, tidak mustahil misi tersebut dapat dilaksanakan melalui gelombang sokongan serta penerangan berterusan terhadap pengundi.

Menurutnya, PN menyasarkan 30 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan ditawan di Selangor.

“Untuk membentuk kerajaan negeri Selangor, PN perlu menang sekurang-kurangnya 29 kerusi.

Mohamed Sukri berkata, PN mempunyai keupayaan memimpin negeri berdasarkan prestasi dipamerkan ketika menerajui kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Malah PN turut menampilkan kepimpinan terbaik di tiga negeri yang dikuasai PN iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah. SH