• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PN Selangor siap siaga ke medan PRN

May 28, 2023
Spread the love

KUALA SELANGOR, 28 Mei: Perikatan Nasional (PN) bersedia sepenuhnya menghadapi PRN Selangor yang dijangka diadakan selepas pembubaran Dun pada hujung bulan hadapan.

Perkara tersebut ditegaskan oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dalam program kempen anjuran Jabatan Pilihanraya PAS negeri di sini pagi ini.

Program tersebut turut disertai oleh Roslan Shahir Mohd Shahir, Setiausaha Perhubungan dan Jamuliddin Elias, Timbalan Pengarah pilihanraya negeri.

Menurut Dr. Ahmad Yunus, PAS turun ke medan pilihanraya atas nama PN di mana sahaja kerusi yang diputuskan untuk bertanding serta membantu sepenuhnya calon-calon di DUN yang ditandingi oleh rakan parti dalam PN.

Roslan Shahir pula dalam ucapannya melahirkan keyakinan PN berpotensi untuk mentadbir Negeri Selangor berdasarkan situasi politik semasa dan rekod kemenangan beberapa kerusi parlimen dalam PRU-15 lepas.

Untuk rekod, PRN Selangor dijangka diadakan selepas pembubaran DUN yang dijangka pada penghujung Jun.

Negeri lain yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Kelantan, N.Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu. (Media Fastaqim)