• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Polis cekup lelaki khianat baking batu di Ibu Pejabat PAS

Jul 31, 2023
Spread the love

Polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di Kuala Lumpur semalam yang disyaki terlibat membaling batu ke arah Ibu Pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut Sabtu lalu.

Menurut laporan Bernama yang memetik sumber, penganggur itu ditahan di Lorong Tiong Nam, Chow Kit pada jam 10 malam.

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan parti itu dari segi kerjasama politik.

Suspek akan direman hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk sembilan rekod kesalahan dadah,” katanya kepada Bernama.

Sabtu lalu, PAS membuat laporan polis selepas dinding kaca di Ibu Pejabat PAS Pusat dibaling dengan batu hingga pecah, beberapa jam sebelum bermula proses penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.