Sudah tentu kita pernah terfikir. Kenapa begitu ramai anak muda dan rakyat tidak mahu ambil peduli dengan politik.
Tanya nama Perdana Menteri pun ada anak muda tak boleh jawab!
Golongan atas pagar pula semakin ramai yang tawar hati dengan permainan politik murahan lapuk yang sekian lama membelenggu negara kita.
Tuan-puan
Rakyat sebenarnya muak dengan politik gara-gara politik lapuk yang dibawa sesetengah pihak.
Rafizi Ramli meskipun kononnya dikatakan membawa politik baru di negara kita sebenarnya beliau lah yang menyuburkan politik dinasour bersadur fitnah.
Kenyataan terbaru yang dikeluarkan kononnya hendak mengaitkan Perikatan Nasional dan pimpinan PAS dengan isu penyelewengan dan integriti adalah contoh terdekat politik menghasut bawaan Rafizi.
Kenyataan tersebut hanya menyebut perkara yang amat kabur dan play safe. Antaranya perkataan “saya dimaklumkan”, “menurut sumber dalaman” yang sebenarnya tidak ada bukti penghujahan yang konkrit.
Bahkan kenyataan tersebut beliau tidak menuduh Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man secara terus tetapi hanya menyentuh lingkaran seperti tajuk yang disensasikan, penceritaan terperinci berkenaan syarikat bermasalah. Tiada pembuktian terus penglibatan TITM dalam skandal terbaru.
Namun muka TITM diletakkan jelas dalam poster meskipun Rafizi Ramli sendiri tidak ada 1 pun bukti kukuh penglibatan TITM dalam “so called” skandal ini.
Rafizi dan politik gelojohnya yang suka membuat kesimpulan sendiri bukanlah perkara asing. Jika tidak, masakan beliau kalah kes saman fitnah terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung Langkah Kajang, kalah kes saman fitnah NFC serta kalah saman fitnah dengan Dato Abdul Rahman Dahlan berhubung Ekso Negaraku pada 2017.
Apa jaminan kes kali ini Rafizi tidak berbohong?
Tuan puan,
Golongan seperti Rafizi Ramli lah punca anak muda dan rakyat atas pagar muak politik. Suka bermain politik persepi sehinggakan tidak kisah halal haram.
Kepada Rafizi Ramli, sudah-sudah lah bermain politik lapuk seperti ini. Rakyat makin bijak. Tolong move on dan berpolitik dengan bijak dan beriman.