TERKINI: PRESIDEN LUBNAN SAHKAN KEMUNGKINAN SERANGAN PELURU BERPANDU ASING
1. Sebentar tadi Presiden Lubnan Michel Aoun membuat pengumuman yang mengejutkan bahawa letupan dahsyat yang memusnahkan Beirut beberapa hari lalu berkemungkinan akibat daripada serangan peluru berpandu asing yang dilancarkan melalui jet pejuang udara.
2. Akibatnya, Lubnan kini juga bertindak menutup ruang kepada pihak asing khususnya PBB untuk turut terlibat dalam siasatan letupan tersebut yang mencatat rekod sebagai letupan bukan nuklear yang terbesar setakat ini.
3. Rentetan hal ini, Lubnan menuntut Perancis supaya menyerahkan foto udara (aerial photo) kawasan berkenaan sewaktu tragedi tersebut berlaku bagi menyiasat kemungkinan berkenaan.
4. Jika Perancis enggan, maka Lubnan akan memilih untuk bekerjasama dengan negara lain bagi mendapatkan bukti kewujudan pesawat pejuang dan peluru berpandu semasa kejadian.
5. Untuk rekod, sememangnya kawasan berkenaan menempatkan bahan letupan dan mercun, namun ia dilihat bukan punca utama letupan gergasi yang berlaku. Ramai saksi menyatakan terdengar bunyi jet pesawat pejuang serta peluru berpandu sebelum letupan susulan yang dahsyat tersebut berlaku, antaranya ialah Prof Dr. Nasser Yassin dari University of Beirut.
6. Dalam perkembangan terkini juga, pemimpin Hezbollah menafikan kemungkinan pihaknya menyimpan sebarang bahan letupan atau bom di kawasan berkenaan secara rahsia dan berharap semoga siasatan pihak berkuasa akan mendedahkan ‘kebenaran’.
7. Sama-sama kita doakan semoga siasatan yang telus dapat dilakukan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dibawa untuk diadili ke muka pengadilan.
Sumber:
1. Reuters, ‘Lebanon sees possible ‘external interference’ in blast’ (https://www.reuters.com/article/us-lebanon-security-blast/no-way-we-can-rebuild-lebanese-count-huge-losses-after-beirut-blast-idUSKCN2531F9)
2. Shafaaq News, ‘Lebanon: Foreign parties may be involved in Beirut’s explosion (https://www.shafaaq.com/en/World/Lebanon-Foreign-parties-may-be-involved-in-Beirut-s-explosion)
3. The Washington Times. ‘Lebanese President Michel Aoun: ‘Possibility of external interference’ in Beirut explosion’ (https://www.washingtontimes.com/news/2020/aug/7/lebanese-president-michel-aoun-possibility-externa/)
4. Sputnik News, ‘Lebanon’s President Not Ruling Out External Interference in Beirut Blast By Missile or Bomb Attack’ (https://sputniknews.com/middleeast/202008071080093054-investigators-look-into-possible-outside-intereference-in-beirut-blast-lebanons-president-says/?fbclid=IwAR3pXTCOLrcRl3i_2eySiiklp5g7uHTJjW4evrftbcGbdYvILgsfQHpQDDM)
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.