• Thu. Feb 22nd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Presiden PAS menang lawan kes fitnah komuniti Kristian

Apr 5, 2023
Spread the love

ALHAMDULILLAH Thumma Alhamdulillah.

Kes Maklin Maksiau v Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH).

Tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Y.A.A. Dato’ Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah, HBM Y.A. Dato’ Mary Lim Thiam Suan, HMP Y.A. Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, HMP memutuskan untuk membatalkan Notis Permohonan Perayu (Maklin) untuk mendapatkan kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan atas alasan tiada affidavit yang kompeten sebagai sokongan dan permohonan tersebut adalah cacat. 

Dengan itu, terbukti bahawa Tan Sri Tuan Guru tidak memfitnah komuniti Kristian, malah hanya memberi pandangan berkenaan kaedah misionari Kristian semata-mata. 

Sebelum itu, di peringkat Mahkamah Rayuan, Mahkamah menyatakan bahawa deklarasi yang dipohon adalah semata-mata bermotifkan politik dan tidak mempunyai apa-apa asas dan sandaran dari segi fakta mahupun undang-undang. 

Untuk rekod, mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram adalah peguam yang berhujah bagi pihak Maklin Maksiau di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, namun beliau meninggal dunia sebelum pendengaran hari ini. Peguam R. Kengadharan berhujah mewakili Maklin Maksiau pada hari ini.

TGHH diwakili sekumpulan peguam LUHAM yang diketuai oleh Tuan Haji Yusfarizal bin Yussoff. 

LUHAM merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pasukan peguam yang bertungkus lumus mengendalikan kes ini sejak mula ia difailkan di Mahkamah Tinggi pada 2016.

Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat – HARAKAHDAILY