• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Presiden UMNO akan kalah manakala ahli bakal menang

May 29, 2023
Spread the love

PRESIDEN UMNO AKAN KALAH, AHLI UMNO BAKAL MENANG.

  1. Bayangkan, betapa sedihnya generasi terdahulu melihat UMNO dirosakkan pada hari ini. UMNO dahulu menjadi salah satu wadah untuk orang Melayu memerdekakan serta membangun negara ini sehingga diiktiraf di mata dunia namun kini hanya menjadi sebahagian buah catur kepada langkah politik Anwar Ibrahim.
  2. Sesungguhnya pelantikan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO adalah cita dan waktu dinantikan Anwar Ibrahim. Proksi yang hanya boleh dihubungi secara bersembunyi di belakang tabir kini telah mendapat mandat untuk menyempurnakan ‘strategi’ Anwar Ibrahim menghapuskan bahtera besar perjuangan politik orang Melayu di negara ini.
  3. Terbukti apabila percaturan dalaman Zahid Hamidi dengan sengaja menyingkirkan tokoh-tokoh penting dalam UMNO dan meletakkan calon ‘boleh kalah’ dalam PRU ke-15 agar dapat dihalalkan hubungan yang dinafikan atas kalimah sumpah selama ini.
  4. Begitulah Zahid Hamidi. Sang Presiden yang akan terpahat dalam buku sejarah Malaysia sebagai presiden paling teruk prestasi politiknya dalam sejarah UMNO.
  5. Tidak dinafikan, pasti akan ada beberapa langkah politik yang lebih dasyat akan dilakukan oleh Zahid Hamidi demi Anwar Ibrahim.
  6. Hari ini, jutaan ahli UMNO khususnya di luar bandar dikecewakan oleh Zahid Hamidi. Mereka hilang arah dan jati diri perjuangan. Tiada hujah yang mampu diungkapkan demi mempertahankan UMNO. Hanya mampu bertahan atas ‘syafaat’ politik wang yang diperuntukkan.
  7. Sepertimana orang Melayu protes turun ke jalanan menentang Malayan Union yang menjadi sebab tertubuhnya UMNO, maka kali ini gelombang protes tersebut pasti akan meletus sekali lagi. Darah pahlawan yang mengalir dalam diri setiap orang Melayu tidak akan berdiam diri berputih mata melihat perjuangan bangsa dirosakkan oleh presiden yang tidak ada harga diri.
  8. ‘Silent Protest’ akan jadi senjata paling ampuh buat mereka yang bertekad melawan kepincangan dalam UMNO ini. Perikatan Nasional tidak sempurna, namun bakal menjadi pilihan wadah terbaik untuk mereka berpaut demi memberikan pengajaran yang paling bermakna dalam sejarah hidup Zahid Hamidi.
  9. Zahid Hamidi akan kalah. Duit tidak akan menang. Api perjuangan akan lebih marak selepas ini.

KAMIL ARIF BIN BAIHAGI
Pengerusi Kelab Mahasiswa Penyokong PAS

Bertarikh: 29 Mei 2023