• Wed. Nov 29th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRK Kemaman: Mat Said umum tidak bertanding

Nov 5, 2023
Spread the love

KEMAMAN – Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember nanti.

Perkembangan itu dimaklumkan sempena Majlis Ramah Mesra Jentera PRK Parlimen Kemaman peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin di sini, malam Sabtu.“Saya nak maklum bahawa Datuk Seri Ahmad Said telah mencadangkan untuk tidak bertanding di Parlimen Kemaman (PRK Kemaman).“Maknanya bukan saya jadi calon dan calon (yang akan bertanding) ialah antara nama-nama hebat dan terkemuka (dalam UMNO),” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Ahmad berkata, pengumuman calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis khas di Kuala Lumpur pada 13 November depan.

“Insya- ALLAH pada 13 November nanti presiden parti akan umum calon akan bertanding di Kemaman.

“Saya dah bincang bersama beliau serta telah maklumkan nama calon yang akan bertanding,” katanya.

Beliau berkata, Ahmad Zahid juga telah maklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nama calon yang akan bertanding.