• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN: 300,000 penyokong Najib tak akan undi BN di 6 negeri

Jul 13, 2023
Spread the love

PENYOKONG bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu ‘Bossku’ mendakwa tidak akan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz mendakwa, ia kerana keadilan terhadap Najib yang sehingga kini masih tidak ditegakkan, selain didakwa dipandang remeh kepimpinan Umno.

“Pendirian DSN (Najib) pertama ialah Umno nombor satu. Kedua, beliau pada awalnya menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika keadilan ini tidak dapat ditegakkan, maka kami puluhan ribu (anggaran satu negeri) yang menyokong Najib, saya beritahu kita akan ‘move’.

“Maksudnya bukan keluar daripada parti (Umno) tetapi saya (dan para penyokong) akan menyokong Perikatan Nasional (PN) supaya satu isyarat diberi kepada Presiden Umno agar jangan lagi ‘play safe’ atau menangis untuk menunjukkan wajah hebat,” katanya ketika memetik Astro Awani.

Syed Muhammad Imran yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Batu Caves Selatan berkata dianggarkan 300,000 penyokong Najib di peringkat akar umbi akan beralih sokongan kepada PN dalam PRN di enam negeri.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, ia akan memberi kesan kepada kemenangan BN dan Pakatan Harapan (PH) di enam negeri tersebut.

“Jadi kita buat satu langkah drastik dan mohon semua penyokong Najib menyokong PN supaya satu isyarat kepada Umno bahawa kalau pandang enteng kepada Najib, kemenangan PRN ini akan diberi kepada PN.

“Tetapi Kalau you (Umno) buat keadilan untuk Najib sebelum PRN, mungkin keadaan itu akan berubah.

Sebelum ini, anak lelaki Najib, Datuk Mohd Nazifuddin berkata semakin ramai penyokong bapanya kecewa dengan Umno selepas melihat tiada sebarang keadilan buat bekas Perdana Menteri itu.

Jika keadaan itu berterusan, Ketua Umno Bahagian Langkawi itu menjangka penyokong bapanya mungkin tidak keluar mengundi pada PRN. – Malaysiapost