• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN detik penentu, rakyat tolak kerajaan PH-BN

May 23, 2023
Spread the love

1 – PAS memandang serius cabaran Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Pengerusi PERIKATAN NASIONAL menggunakan Pilihan Raya Negeri sebagai kayu ukur sokongan rakyat.

2 – PRU-15 telah membuktikan BN-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah kerana hanya tinggal 30 kerusi Parlimen sahaja. Dan UMNO hanya tinggal 28 kerusi dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden UMNO setakat ini.

3 – Dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya UMNO kepada DAP pastinya ahli UMNO akan mengalih sokongan kepada PN.

4 – Peralihan sokongan ini juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP dibeberapa negeri hingga ramai ahli UMNO kini bertekad menentang UMNO secara terbuka.

5 – PAS yakin kemelut yang berlaku dalaman PH-BN selain kelemahan pentadbiran PMX yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini. Andai PH-BN tersungkur, TPM perlu berundur secara terhormat.

“Malaysia Sejahtera”

YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut

Bertarikh: 22 Mei 2023