• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN JOHOR: 5 tahun boleh tunggu, takan 2 minggu tak boleh berkorban” – Razman

Feb 27, 2022 ,
Spread the love

MERSING, 27 FEB 2022 – Pada 25 Februari 2022, YB Tuan Haji Razman Zakaria merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Perak telah turun ke Mersing untuk membantu calon PERIKATAN NASIONAL bagi DUN Tenggaroh, Haji Roslan Nikmat (Cikgu Roslan).

Tiba di markas PAS Air Merah Mersing, rombongan Pak Teh telah disambut oleh bakal calon cikgu Roslan dan sejurus itu Pak Teh dijemput untuk menyampaikan kata-kata semangat di hadapan jentera-jentera di situ.

Di malam hari pula beliau mengadakan perbincangan gerak kerja bersama PAS kawasan Mersing dan delegasi Terengganu yang turut dihadiri oleh AJK PAS Pusat Ustaz Khalil Abdul Hadi.

“Kita telah menunggu selama 5 tahun, takkanlah kita tak boleh korban untuk masa 14 hari (tempoh berkempen) untuk beri kemenangan kepada calon kita dan membawa mesej Islam dalam dewan undangan negeri atau sekurang-kurangnya kita boleh mengembangkan lagi sayap perjuangan kita di Johor ini” ucapan Pak Teh kepada hadirin yang turun bersama dalam majlis.

Semalam Pak Teh turut mengiringi calon DUN Tenggaroh, Haji Roslan Nikmat merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor,dan Yang Dipertua PAS Kawasan Mersing.