JOHOR BAHRU, 8 MAC 2022 – Berbaki empat hari lagi tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hasil tinjauan dengar dan lihat Omak dan Media Fastaqim sebanyak 2 kali dilapangan, mendapati pertarungan sebenar adalah antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dengan kedudukan 55-45 memihak kepada Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan negeri.
Respon dari Bangsa Johor kepada gerak kerja dan cara kempen Perikatan Nasional cukup diterima baik. Bangsa Johor maukan sebuah kerajaan yang berintegriti, bebas rasuah, prihatin dan cekap dalam urus tadbir negeri Johor.
Beberapa kawasan yang selama ini di katakan status putih untuk BN, kini banyak yang sudah bertukar menjadi kelabu. Itu belum lagi diambil kira kawasan-kawasan berstatus kelabu dan hitam yang pasti tidak menampakkan berubah menjadi putih maupun kelabu.
BN terlalu mengharapkan penyokong setia lamanya untuk memenangi PRN Johor kali ini kerana usaha untuk memikat Undi18 dikatakan gagal dan mencapai sasaran walaupun telah melakukan pelbagai usaha dalam dekati pengundi 18 tahun.
Apa yang Omak dan Media Fastaqim dapat kutip dari lapangan ialah:-
1) Pemikiran anak muda tidak terikat dengan politik kepartian. Tidak ada rasa terhutang budi dan sifat membalas budi. Bagi anak muda segala apa yang dicurahkan oleh pemerintah adalah suatu tanggung jawab dan amanah.
2) Cukup sukar nak membaca dan meneka secara tepat arah tuju kemana undi mereka akan diberikan. Anak muda dikenali memiliki sikap dan perangai semula jadi berdarah panas dan pemberontak tidak sealiran dengan pemerintah semasa. Cukup gemar sesuatu keputusan yang berlawanan dan berbeza dengan pihak berkuasa, malahan tidak gentar untuk melakukan perubahan drastik sekali pun.
3) Tidak gemar dan kurang selesa dikerah dan dipaksa ikut kemahuan dan acuan pemerintah. Bertindak ikut cita rasa sendiri yang lazimnya bertentangan dengan pihak pemerintah.
4) Tidak ada rasa terikat dengan nostalgia silam jasa-jasa pemerintah, sebaliknya memikirkan apa pemerintah boleh tawarkan dimasa hadapan dari segi pendidikan dan pekerjaan untuk meneruskan hidup
5) Sentiasa terpikat dan terpesona dengan tawaran-tawaran segar yang menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
Jika diambil kira alasan-alasan diberikan ternyata BN tidak mampu untuk melunaskannya.
Menambah peluang lebih cerah kemenangan memihak kepada PN ialah sosok Tan Sri Muhyiddin Yasin @ Abah itu sendiri. Ini harus diakui walaupun beliau dijadikan sasaran serangan ganas bertubi-tubi dari pihak lawan.
Sebagai anak watan Johor dan pernah menjadi MB Johor selama 2 penggal selain menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri sekian lama, jasa dan sumbangannya kepada negara amnya dan negeri Johor khasnya bukanlah sedikit. Para peneroka Felda adalah yang paling terkesan dan berbekas dengan sumbangan Abah apabila melupuskan hutang lapok para peneroka bernilai hampir RM8.3 Bilion.
Semoga momentum mau melakukan perubahan ini terus cergas dan rancak demi masa depan Bangsa Johor dan Negeri Johor.
TENKIU