• Mon. Apr 28th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN Johor: Masa untuk ajar golongan sombong, bongkak – PJ PAS Johor

Feb 17, 2022
Spread the love

SHAH ALAM, 17 FEB 2022 – Untuk memastikan masa depan yang baik, kita perlu berani membuat perubahan dalam gabungan PAS, BERSATU dan Gerakan, mengajar golongan yang sombong dan bongkak melalui pilihanraya ini.

Dalam ucapan pembukaan Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin turut berkata dengan kehadiran pengundi-pengundi muda dalam jumlah yang besar, jumlah kerusi yang sebanyak 56 DUN serta isu-isu semasa inilah akan dijadikan kayu pengukur untuk menghadapi PRU ke 15 nanti.

Maka dengan itu beliau menyeru seluruh jentera-jentera dari PAS untuk membuktikan kekuatan dan kesungguhan sehingga mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Negeri kali ini.

Malam tadi telah berlangsungnya Ceramah Umum Perikatan Nasional Oleh Presiden BERSATU YB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Presiden GERAKAN YB Datuk Dr. Dominic Lau dan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Al- Fadhil Ustaz Abdullah Husin bertempat di Perkarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing.