SHAH ALAM, 27 FEB 2022 – Perikatan Nasional telah berikrar akan pastikan kepimpinan mereka bebas rasuah, bebas salah guna kuasa, bebas samun atau rompak hak rakyat dan tidak akan seleweng amanah rakyat.
Ini adalah kepastian oleh PN bagi merubah cara pentadbiran Johor yang selama ini menjadi lubuk kekayaan ahli politik Johor. Pelbagai cara mereka Umno lakukan untuk membina kekayaan dengan rasuah dan salah guna kuasa.
Kita ambil contoh kes pendakwaan bekas exco perumahan dan kerajaan tempatan Johor Adun Umno yang ditangkap pada 2017 dengan nilai rasuah rm35.7 juta hasil sogokan syarikat perumahan dalam hal menukar status tanah bumiputera dan khianati Johor dengan memberi diskaun istimewa untuk premium tanah terbabit.
Kes masih di mahkamah dan tertuduh bersama anak dan seorang perunding tanah diarah membela diri sejak tahun lepas.
Itu yang tertangkap. Bayangkan yang tiada bukti untuk didakwa. Sampai bila bangsa Johor harus dipermainkan oleh umno?
Jika dahulu bangsa Johor tiada pilihan selain Umno, kini wujudnya PN hasil garapan anak jati Johor bernama Muhyiddin demi semua. Parti melayu ini lebih berani pertahankan kebenaran dan melawan kemungkaran.
Ini peluang bangsa Johor menjadi contoh terbaik dalam lipatan sejarah negara, rakyat yang berani menongkah arus demi membenam kemungkaran terhadap bamgsa dan negara.
Undi PN demi Bangsa Johor!!!
Kredit to: Pak Lang Mat