• Fri. Dec 6th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN JOHOR: Pola pengundian, Melayu tolak PH bukan Melayu sukar terima PN – Dr Kamarul

Mar 13, 2022 ,
Spread the love

POLA PENGUNDIAN PRN JOHOR: MELAYU TOLAK PH, BUKAN MELAYU SUKAR TERIMA PN

Satu pola pengundian yang agak mengejutkan berlaku dalam PRN Johor, iaitu terlihat jelas bahawa PH dalam keadaannya sekarang gagal menarik minat pengundi Melayu.

PRN Johor ini menyaksikan buat kali pertama kita dapat menyaksikan deretan calon PKR dan AMANAH hilang deposit di kerusi majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia.

7 calon PKR yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

  1. Azmi Masrani yang hanya mampu memperolehi 1,537 undi di kerusi N18 Sri Medan yang mempunyai 29,248 (89.45%) pengundi Melayu.
  2. Haryati Abu Nasir yang hanya mampu memperolehi 1,331 undi di kerusi N20 Semarang yang mempunyai 23,724 (85.54%) pengundi Melayu.
  3. Zulinah Johari yang hanya mampu memperolehi 1,529 undi di kerusi N33 Tenggaroh yang mempunyai 31,680 (82.48%) pengundi Melayu.
  4. Mohd Fakharuddin Moslim yang hanya mampu memperolehi 1,976 undi di kerusi N35 Pasir Raja yang mempunyai 19,093 (68.08%) pengundi Melayu.
  5. Omar Mokhtar A Manap yang hanya mampu memperolehi 1,527 undi di kerusi N37 Johor Lama yang mempunyai 26,840 (82.19%) pengundi Melayu.
  6. Rosman Tahir yang hanya mampu memperolehi 800 undi di kerusi N39 Tanjung Surat yang mempunyai 20,106 (80.00%) pengundi Melayu.
  7. Haniff @ Ghazali Hosman yang hanya mampu memperolehi 1,200 undi di kerusi N53 Benut yang mempunyai 22,636 (80.37%) pengundi Melayu.

4 calon AMANAH yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

  1. Mohammad Fakrulradzi Mahmud yang hanya mampu memperolehi 1,154 undi di kerusi N32 Endau yang mempunyai 22,146 (79.31%) pengundi Melayu.
  2. Ahmad Daniel Shahrudin yang hanya mampu memperolehi 2,314 undi di kerusi N34 Panti yang mempunyai 29,407 (76.56%) pengundi Melayu.
  3. Mat Khairi Samsudin yang hanya mampu memperolehi 333 undi di kerusi N36 Sedili yang mempunyai 27,509 (95.99%) pengundi Melayu.
  4. Norazila Sanip yang hanya mampu memperolehi 693 undi di kerusi N38 Penawar yang mempunyai 29,179 (97.48%) pengundi Melayu.

Deretan calon PKR dan AMANAH hilang deposit di kerusi majoriti Melayu ini menunjukkan bahawa puncanya bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.

Pada masa yang sama, PN, walaupun menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan di kerusi majoriti Melayu, kelihatan masih sukar diterima oleh pengundi bukan Melayu.

Fakta ini dapat dilihat bila sebilangan calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan Melayu atau di kerusi campuran, iaitu membabitkan 2 calon BERSATU, 1 calon GERAKAN dan 1 calon PAS.

2 calon BERSATU yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

  1. Alagathiran Krishnan yang hanya mampu memperolehi 1,278 undi di kerusi N27 Layang-Layang yang mempunyai 13,724 (54.58%) pengundi Melayu.
  2. Wong Chan Giap yang hanya mampu memperolehi 4,116 undi di kerusi N28 Mengkibol yang mempunyai 18,574 (27.99%) pengundi Melayu.

1 calon GERAKAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

  1. Susan Yong Fui Ling yang hanya mampu memperolehi 1,681 undi di kerusi N19 Yong Peng yang mempunyai 11,283 (34.14%) pengundi Melayu.

1 calon PAS yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

  1. Selvendran Velu yang hanya mampu memperolehi 1,512 undi di kerusi N30 Paloh yang mempunyai 11,801 (45.69%) pengundi Melayu.

Data ini juga menunjukkan bahawa punca calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan Melayu atau di kerusi campuran bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.

Pucuk pimpinan PH dan PN wajar memandang serius permasalahan yang menimpa mereka ini kerana jika ianya tidak diselesaikan dengan segera nescaya perkara sama boleh berulang dalam PRU 15.

Begitupun, masalah yang jauh lebih memeningkan pastilah perlu difikirkan oleh PEJUANG, WARISAN dan PBM yang semua 24, 7 dan 4 calon mereka hilang wang deposit.

24 calon PEJUANG yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

  1. Mohd Hanafi Ahmad yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N01 Buloh Kasap.
  2. Dr Azita Amrin yang hanya mampu memperolehi 247 undi di kerusi N03 Pemanis.
  3. Norizan Sahardin yang hanya mampu memperolehi 214 undi di kerusi N04 Kemelah.
  4. Mohd Fauzi Bachok yang hanya mampu memperolehi 224 undi di kerusi N05 Tenang.
  5. Md Taib Md Suhut yang hanya mampu memperolehi 191 undi di kerusi N07 Bukit Kepong.
  6. Mohd Akhiri Mahmood yang hanya mampu memperolehi 196 undi di kerusi N08 Bukit Pasir.
  7. Suraya Sulaiman yang hanya mampu memperolehi 220 undi di kerusi N09 Gambir.
  8. Muhammad Airel Zabridin yang hanya mampu memperolehi 789 undi di kerusi N10 Tangkak.
  9. Abdul Azim Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 332 undi di kerusi N11 Serom.
  10. Mahaizal Mahmor yang hanya mampu memperolehi 208 undi di kerusi N13 Simpang Jeram.
  11. Datuk Ibrahim Shafe’e yang hanya mampu memperolehi 86 undi di kerusi N14 Bukit Naning.
  12. Riad Ahmad yang hanya mampu memperolehi 292 undi di kerusi N15 Maharani.
  13. Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N16 Sungai Balang.
  14. Mahdzir Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 361 undi di kerusi N17 Semerah.
  15. Mohd Firdaus Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 159 undi di kerusi N18 Sri Medan.
  16. Adzlan Raju yang hanya mampu memperolehi 230 undi di kerusi N20 Semarang.
  17. Mohd Ridhauddin Mohd Tahir yang hanya mampu memperolehi 239 undi di kerusi N21 Parit Yaani.
  18. Abdul Lateef Mahrani yang hanya mampu memperolehi 510 undi di kerusi N22 Parit Raja.
  19. Zalihah Jaafar yang hanya mampu memperolehi 168 undi di kerusi N24 Senggarang.
  20. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang hanya mampu memperolehi 206 undi di kerusi N25 Rengit.
  21. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang hanya mampu memperolehi 465 undi di kerusi N26 Machap.
  22. Ahmad Shafiq Othaman yang hanya mampu memperolehi 164 undi di kerusi N27 Layang-Layang.
  23. Aminuddin Johari yang hanya mampu memperolehi 181 undi di kerusi N30 Paloh.
  24. Rosdi Amir yang hanya mampu memperolehi 273 undi di kerusi N31 Kahang.
  25. Mohd Noorhisyam Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 145 undi di kerusi N32 Endau.
  26. Mohd Firdaus Abd Rahman yang hanya mampu memperolehi 213 undi di kerusi N33 Tenggaroh.
  27. Ahmade Mohd. Din yang hanya mampu memperolehi 334 undi di kerusi N34 Panti.
  28. Mohd Yusri Yusof yang hanya mampu memperolehi 265 undi di kerusi N35 Pasir Raja.
  29. Tariq Ismail Mustafa yang hanya mampu memperolehi 211 undi di kerusi N36 Sedili.
  30. Mohd Shukor Ahmad yang hanya mampu memperolehi 268 undi di kerusi N37 Johor Lama.
  31. Rahmattullah Kamilin yang hanya mampu memperolehi 521 undi di kerusi N38 Penawar.
  32. Samat Atan yang hanya mampu memperolehi 110 undi di kerusi N39 Tanjung Surat.
  33. Datuk Abdul Aziz Harun yang hanya mampu memperolehi 1,391 undi di kerusi N40 Tiram.
  34. Ts Dr Khairil Anwar Razali yang hanya mampu memperolehi 2,468 undi di kerusi N41 Puteri Wangsa.
  35. Mahaya Ahad yang hanya mampu memperolehi 1,036 undi di kerusi N43 Permas.
  36. Mohamad Riadz Tan Sri Mohamad Hashim yang hanya mampu memperolehi 810 undi di kerusi N44 Larkin.
  37. Nornekman Datuk Osman yang hanya mampu memperolehi 1,358 undi di kerusi N47 Kempas.
  38. Dr Zaini Abu Bakar yang hanya mampu memperolehi 1,308 undi di kerusi N49 Kota Iskandar.
  39. Mokhtar Abdul Wahab yang hanya mampu memperolehi 385 undi di kerusi N50 Bukit Permai.
  40. Iskandar Noor Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 139 undi di kerusi N53 Benut.
  41. Abd Rashid Abd. Hadi yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N54 Pulai Sebatang.
  42. Zamzam Hashim yang hanya mampu memperolehi 927 undi di kerusi N56 Kukup.

6 calon WARISAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

  1. Sandara Segaran Arumugam yang hanya mampu memperolehi 330 undi di kerusi N06 Bekok.
  2. Mohamed Noor Suleiman yang hanya mampu memperolehi 555 undi di kerusi N29 Mahkota.
  3. Victor Chen Hain Kai yang hanya mampu memperolehi 1,448 undi di kerusi N42 Johor Jaya.
  4. Mohamed Ridza Busu yang hanya mampu memperolehi 1,412 undi di kerusi N43 Permas.
  5. Lee Ming Wen yang hanya mampu memperolehi 1,349 undi di kerusi N51 Bukit Batu.
  6. Hishamuddin Busri yang hanya mampu memperolehi 1,438 undi di kerusi N55 Pekan Nanas.

4 calon PBM yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

  1. Hanis Asmui yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N15 Maharani.
  2. Mohd Azmi Ali yang hanya mampu memperolehi 860 undi di kerusi N40 Tiram.
  3. Steven Choong yang hanya mampu memperolehi 2,471 undi di kerusi N41 Puteri Wangsa.
  4. Saiful Bahari yang hanya mampu memperolehi 1,359 undi di kerusi N45 Stulang.

Semoga keputusan PRN Johor ini akan memaksa parti-parti tertentu, khususnya parti-parti yang baru ditubuhkan, untuk menjadi lebih realistik dengan kekuatan parti masing-masing dalam merencana strategi pilihan raya mereka.