• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN: PKR angkat calon penipu, bekas banduan?

Jul 24, 2023
Spread the love

PKR ANGKAT CALON PENIPU?

  1. Terbaru dan mengejutkan! Calon PKR untuk DUN Permatang, Tanjong Karang, Mohd Yahya Mat Sahri rupa-rupanya pernah dipenjara 2 tahun dan dikenakan 2 Sebatan.
  2. Beliau pernah didakwa menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa sekretariat Pakatan Rakyat sedang mencari penaja bagi sambutan 100 hari pakatan itu memerintah (semasa itu).
  3. Bukan itu sahaja, kelicikan Yahya mendorong Presiden syarikat tersebut memberikannya RM50,000 sebagai sumbangan, di Gardenia Coffee House Hotel Quality di Shah Alam pada 4 Jun 2008. Setelah 8 tahun berlalu, barulah kes ini disabitkan di mahkamah dan Yahya didapati bersalah.
  4. Persoalannya mudah, apakah yang mendorong PKR untuk mencalonkan semula orang yang pernah didapati terlibat dengan isu penipuan duit? Mungkinkah kerana calon PKR ini adalah orang yang benar-benar berkepentingan menggunakan duit negeri untuk kepentingan parti? Lupakah kita antara sebab Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor adalah kerana Tan Sri sangat tegas dengan penggunaan duit hasil negeri yang hanya boleh digunakan untuk kegunaan program negeri bukan tujuan parti.
  5. Rakyat Selangor jangan membiarkan pisang berbuah dua kali dengan memberikan mandat kepada calon yang terbukti mempunyai rekod MENIPU. Adakah PKR terlalu ketandusan calon sehingga orang yang pernah dihukum penjara masih diberi kepercayaan? PMX mungkin ada jawapannya!
  6. Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.

Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.

Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor