Selangor tidak boleh lagi dianggap kubu selamat Pakatan Harapan (PH) yang bakal menyaksikan pertembungan sengit di kawasan majoriti pengundi Melayu, pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan, kata penganalisis.
Mereka berpendapat ia susulan kejayaan Perikatan Nasional (PN) merampas beberapa kerusi Melayu seperti Kapar, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Tanjong Karang, selain mengekalkan kemenangan di Sabak Bernam serta Sungai Besar.
“Sudah pastinya keputusan PN untuk tidak bersama PH dan BN dalam membentuk kerajaan persekutuan juga akan memberi kesan dalam pola pengundian.
Namun, Azmi berkata, BN masih mempunyai masa membuktikan gabungan itu merupakan parti teras pengundi Melayu, walaupun PN mendapat sokongan sebahagian besar pengundi Melayu, namun masih gagal menjadi kerajaan.
“Dalam PRU lepas walaupun sebahagian besar pengundi Melayu mengundi PN, tetapi mereka masih gagal menjadi kerajaan walaupun 30% sahaja mengundi BN.
“Jadi, pada PRN nanti masih ada masa lagi untuk memujuk 20 hingga 30% pengundi PAS (mengundi BN) kerana mereka (PN) gagal jadi kerajaan, kerana bila gagal jadi kerajaan sukar untuk menjaga kepentingan orang Melayu Islam,” katanya.
Beliau berkata, penolakan besar-besaran terhadap PH atau BN juga tidak akan berlaku pada PRN itu memandangkan kerajaan pusat didominasi PH, menjadikan kerajaan negeri sealiran seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang bertambah kuat. FMT