• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN: Senarai enam bukti formula Rafizi gagal

Aug 1, 2023
Spread the love

ENAM BUKTI FORMULA RAFIZI GAGAL

  1. FORMULA KERETA MURAH

Rafizi pernah berkata kerajaan patut dan mampu turunkan harga kereta. Hanya hapuskan cukai eksais dan cukai jualan.

Kalau ikut formula Rafizi, boleh beli Myvi dengan harga RM25 ribu sahaja.

Tapi, harga kereta bukan dikawal kerajaan. – Tengku Zafrul

Banyak kos lain bersangkut. Contohnya logistik, kadar faedah semasa, kadar tukaran mata wang. Bergantung juga atas keanjalan permintaan.

  1. FORMULA PULAU KEDAI MAKAN

Rafizi pernah berkata rakyat pulau sahaja kedai makan yang tak turunkan harga. Katanya kerajaan dah turunkan semua harga barang mentah.

Tapi, penganalisis dan pengusaha kedai makan kata harga barang mentah banyak yang naik.

Gula, gandum, minyak sawit, ayam, telur. Kos pengeluaran bahan mentah pun naik. Contohnya kos makanan haiwan naik sebab harga jagung dan kacang soya naik.

  1. FORMULA JANGAN MAKAN AYAM

Rafizi pernah berkata, “by right kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam.”

Katanya kalau harga naik, turunkan permintaan. Maka harga turun semula sebab permintaan dah berkurang.

Pakar Ekonomi UKM membalas, permintaan apa yang perlu dikurangkan dan siapa yang perlu kurangkan permintaan sedia ada?

Lagi pun, bukankah ayam itu makanan asas antara sumber protein termurah untuk rakyat?

  1. FORMULA KUKUHKAN RINGGIT

Rafizi pernah berkata, tidak mengapa naikkan OPR selagi nilai ringgit dapat dinaikkan. Kerajaan kena hormat BNM.

Pakar ekonomi berkata, rakyat terjejas untuk berbelanja. Adakah rakyat bersedia dengan kerajaan lepas tangan untuk bantu rakyat?

Kalau kononnya naikkan OPR untuk kembali ke zaman sebelum pandemik, adakah ekonomi rakyat hakikatnya juga sudah pulih sepenuhnya seperti sebelum pandemik?

  1. FORMULA RINGGIT JATUH BAWA KEBAIKAN

Rafizi pernah berkata ringgit jatuh baik untuk negara. Tapi rakyat sudah tak minat dengan teori Rafizi. Rakyat nak tahu apa kesan kepada mereka.

Rafizi nak tutup formula naikkan ringgit yang tak menjadi.

Pakar kata kalau ringgit jatuh kos import jadi tinggi. Banyak barang akan terkesan maka kos sara hidup jadi tinggi. Umumnya, kalau ringgit jatuh harga barang akan naik.

  1. FORMULA TURUN HARGA BARANG

Rafizi pernah berkata jangan beli barang bukan pada harga purata. Kena semak dulu harga di banyak kedai dan pilih yang termurah.

Formula beliau akan berjaya dalam sebulan dan PN akan terduduk.

Selepas sebulan, rakyat masih terkesan harga barang tinggi. Formula Rafizi kurang tepat dan tidak menyeluruh.

Tidak semudah turunkan permintaan, harga pun turun. Ada konsep lain seperti ‘price floor’ dan ‘beam price’.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
30 Julai 2023