• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRN: Tiket bas balik Kelantan habis

Jul 6, 2023
Spread the love

BACHOK – Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mendakwa jualan tiket bas secara dalam talian untuk pulang ke negeri ini sudah kehabisan sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 12 Ogos sebagai hari mengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, pembelian itu memberi isyarat gelombang anak perantauan mahu pulang mengundi cukup tinggi.

“Sebaik sahaja SPR umum tarikh, anak-anak Kelantan di perantauan sudah bising.

“Situasi itu membuatkan kita (Pas) rasa teruja,” katanya semasa berucap pada Ceramah Ppkat Pertahan Kelantan: Pas Pilihanku di Bachok pada malam Rabu.

Menurut beliau, tiket kapal terbang pula bukan calang-calang menjelang PRN itu nanti.

Ujarnya, difahamkan tiket tersebut mencecah harga kayangan di mana pergi balik hampir RM1,000 seorang. SH