• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Program berkala ziarah kasih anjuran Muafakat Nasional Shah Alam

Spread the love

Petang Rabu, 5 Ogos 2020 Dewan Muslimat PAS Shah Alam (DMPKSA) diketuai oleh Puan Wan Sawiah Wan Nik, Ketua DMPKSA dan Puan Jumaeah Masdi, Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam berserta ahli-ahli jawatan kuasa kedua-dua parti ini telah melakukan ziarah kasih ke rumah yang telah dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada segi kebajikan dan kewangan.

Puan Zurayah, berusia 59 tahun tinggal di Seksyen 13, Shah Alam tinggal bersama anak yang berkerja sambilan sementara suami beliau yang tidak berkerja kerana mempunyai masalah kesihatan yang kronik. Bergantung hidup membayar sewa rumah dan keperluan harian dengan menggunakan wang simpanan yang semakin lama semakin runcing.

Kehadiran rombongan disambut baik dan penuh terharu. Sekurang-kurangnya dapat memberi semangat dan berkongsi kesedihan bersama atas segala kepayahan yang dilaluinya.

Sebelum berangkat pulang, Ustazah Nur Azizah Mohd Zaidi, Pengerusi Lajnah Tarbiah & Perkaderan DMPKSA membacakan doa. Sedikit sumbangan untuk meringankan beban juga telah disampaikan.