• Wed. Jun 7th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Program MUDA kecoh diserang mercun

Oct 23, 2022
Spread the love

MUAR: Program Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sekali lagi diganggu sekumpulan individu tidak diketahui yang muncul membuat provokasi.

Insiden pada Sabtu malam itu kali ini dikatakan melibatkan serangan mercun selain turut merosakkan kenderaan milik penyokong MUDA.

Difahamkan serangan itu menyasarkan program ‘Majlis Malam Mesra Muo’ yang turut merasmikan pelancaran jentera Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Penerangan MUDA Muar, Muhammad Amir Fiqri Mustapha, dianggarkan sekitar 20 individu lelaki bertopeng mengganggu program tersebut.

Kumpulan itu katanya telah mengeluarkan kata-kata kesat selain turut berlaku insiden tolak menolak.

“Belum ada laporan kecederaan diterima dan kami akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar jika perlu,” katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu.