• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Program Sunnaton RM40 Pemuda PAS Shah Alam dapat sambutan ramai

Dec 20, 2022
Spread the love

Pada 18 Disember 2022, Dewan Pemuda PAS Shah Alam telah mengadakan program Sunnaton Perdana khas untuk warga Shah Alam.

Sunnaton perdana dilaksanakan bagi membantu ibu papa yang mempunyai anak lelaki untuk bersunat. Kos bersunat yang agak tinggi di klinik-klinik mencecah sehingga RM250 seorang menyebabkan ramai yang terkesan dengan kos berkenaan.

Dengan inisiatif Pemuda PAS Shah Alam ini, seramai 26 orang peserta telah dikhatankan dengan bayaran RM40 sahaja.

Program ini disambut baik oleh ibu bapa perserta, malahan urusan bersunat sangat lah mudah dengan kepakaran dari pihak medik dan penganjur.

Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Ustaz Aibidullah Fahim Ibrahim berkata, tujuan program ini diadakan adalah atas rasa tanggungjawab sosial bagi membantu dan memudahkan masyarakat setempat.

Menurutnya, difahamkan bayaran yang dikenakan lebih rendah antara RM40 seorang, berbanding caj di klinik swasta antara RM250 hingga RM400 bergantung kaedah berkhatan digunakan.