• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Projek struktur tebing Sungai Pohon Celagi siap 100 peratus

Jul 12, 2023
Spread the love

PROJEK STRUKTUR TEBING SUNGAI POHON CELAGI 100 PERATUS SIAP

PENGKALAN PASIR – Projek Penstabilan Struktur Tebing Sungai Pohon Celagi sudah siap sepenuhnya pada 12 Januari 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hanifa Ahmad berkata kerja-kerja yang siap bagi menangani runtuhan tebing sungai itu meliputi pengerukan sungai, membina semula sistem tembok banjir, membina semula rumah pam, menaik taraf sistem saliran dan sistem jalan perhubungan.

“Alhamdulillah, Kerajaan Negeri sangat berpuas hati dengan laporan yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan (JPS) Negeri Kelantan berkaitan projek tersebut.

Projek itu sedang dalam pemantauan tempoh kecacatan (defect liability period) oleh JPS sehingga 12 Januari 2024.

Kita bersyukur projek yang menelan kos sebanyak RM45 juta ini dapat mengatasi masalah bencana runtuhan seperti sebelum ini dan kita harap ia juga dapat mengelakkan kejadian banjir di kawasan berdekatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Pasir turut memaklumkan proses pengambilan tanah seluas 2.3 ekar bagi membina 38 lot bangunan dan rumah berjumlah RM11.2 juta juga telah selesai. Termasuk semua pampasan sudah dibayar.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi dan pihak berkaitan yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

Sumber : Berita UPKN