• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRU-15 bakal jadi jalan sukar buat BN jika terus ego

Dec 30, 2020 ,
Spread the love

Barisan Nasional (BN) akan melalui jalan yang sukar menghadapi PRU-15 sekiranya kekal dengan ego lama.

Setiausaha BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia berbeza dengan pilhan raya umum sebelum ini di mana BN menjadi kerajaan yang memerintah.

PRU15 tidak akan menyamai PRU sebelumnya di mana waktu itu BN merupakan parti pemerintah yang menguasai banyak aparatus pentadbiran dan sumber yang cukup. Itu pun BN tewas.

“PRU-15 perlu pemikiran baru. Jika BN kekal dengan superiority complex dan ego lama, ia bakal menemui jalan sukar,” katanya dalam ciapannya semalam.

Kenyataan Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu mungkin ada kaitan dengan komen segelintir pimpinan UMNO yang tidak senada dengan keputusan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.- MalaysiaGazette