• Mon. Dec 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRU15 jalan terbaik akhiri kemelut politik – Penganalisis

Aug 16, 2021 , ,
Spread the love

KUALA LUMPUR : Keadaan kemelut politik negara dijangka akan berterusan dalam keadaan yang tidak menentu meskipun berlaku perubahan terhadap penyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurut penganalisis politik, Mohammad Tawfik Yaakub, dalam senario masa kini, mana-mana gabungan parti politik yang cuba membentuk kerajaan akan berdepan dengan majoriti yang tipis.

Melihat kepada situasi tersebut, langkah terbaik, kata beliau, adalah dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat melalui Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada waktu yang bersesuaian.

“Adakan PRU15 merupakan langkah terbaik apabila seluruh masyarakat telah mencapai tahap imuniti kelompok yang dijangka pada bulan depan.

Rakyat sendiri akan menilai prestasi kerajaan sebelum ini dan ia dijadikan sebagai indikator kepada rakyat untuk pilih sebuah kerajaan yang dominan dan stabil,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, parti politik ketika ini juga seakan mempunyai cabang kumpulan yang berbeza-beza dalam usaha untuk mendapatkan kepercayaan ahli parti.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpendapat, kuasa terhadap UMNO yang didakwa hilang sebelum ini akan selesai sekiranya benar jawatan Perdana Menteri akan disandang Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Situasi politk negara semakin memuncak pada Isnin apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat peletakan jawatannya.

-Sumber AWANI Online-