• Wed. Jun 7th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PRU15: Malaysia Bersih, Stabil – PAS Johor

Oct 26, 2022
Spread the love

SUARA PERIKATAN NASIONAL

PRU 15 : MALAYSIA BERSIH DAN STABIL.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۗاِدْفَعْ بِالَّتِيْ هِيَ اَحْسَنُ فَاِذَا الَّذِيْ بَيْنَكَ وَبَيْنَهٗ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهٗ وَلِيٌّ حَمِيْمٌ.

Mafhumnya : “Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia, akan menjadi seperti teman yang setia”.

Surah Fussilat : 34

Allah SWT mengingatkan hamba-Nya manusia bahawa kebaikan pastinya tidak sama dengan keburukan. Bersih dan suci tidak sama dengan kotor dan tercemar.

Perkara ini amat mudah difahami oleh mereka yang menggunakan akal untuk berfungsi secara maksima di dalam memilih jalan hidup yang bersih dan suci atau sebaliknya.

Begitulah juga seumpamanya dalam urus tadbir negara. Pengurusan yang bersih dan suci tidak sama dengan pengurusan yang dikotori dengan penyalahgunaan kuasa, kezaliman, kemungkaran, amalan rasuah dan apa jua bentuk pencabulan.

Perikatan Nasional menawarkan pakej BERSIH DAN STABIL untuk seluruh rakyat Malaysia. Satu wawasan dan inspirasi yang diyakini memandangkan rekod pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional dan pentadbiran di tiga buah negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat yang bermula dengan pandemik covid-19.

Kempen vaksinasi percuma kepada rakyat, moratorium, pakej rangsangan ekonomi, bantuan kewangan dan kebajikan serta pelbagai lagi. Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional terhadap keperluan utama rakyat.

Pengurusan cemerlang juga dibuktikan oleh kerajaan negeri Kelantan yang sifar rasuah dalam tempoh 32 tahun. Satu rekod yang amat membanggakan. Terengganu dan Kedah yang menunjukkan pentadbiran yang cemerlang Kerajaan Teknokrat yang berjiwa rakyat. Tauladan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Suara Perikatan Nasional Negeri Johor menyeru seluruh rakyat Malaysia agar keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dengan memilih calon daripada PERIKATAN NASIONAL demi melihat Malaysia kembali menjadi negara BERSIH DAN STABIL. Undilah PERIKATAN NASIONAL.

‘Bersih dan Stabil’

Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan Perikatan Nasional Negeri Johor.

29 Rabi’ul Awwal 1444
26 Oktober 2022