.
PRU 15 : WAWASAN MALAYSIA SEJAHTERA.
Firman Allah SWT :
وَلَا تُفْسِدُوْا فِى الْاَرْضِ بَعْدَ اِصْلَاحِهَا وَادْعُوْهُ خَوْفًا وَّطَمَعًاۗ اِنَّ رَحْمَتَ اللّٰهِ قَرِيْبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِيْنَ.
Mafhumnya : “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang yang berbuat kebaikan”.
Surah Al-A’raaf : 56
Islam meletakkan garis panduan di dalam kita mengurus kehidupan termasuklah urusan pentadbiran negara. Ianya perlu diuruskan dengan bijaksana dan berhemah kerana ianya berkait rapat dengan kesejahteraan hidup masyarakat.
Urus tadbir negara yang tidak dilakukan dengan telus dan tulus akan mengakibatkan kesusahan kepada rakyat dan boleh mengakibatkan kestabilan negara dan perpaduan masyarakat tergugat. Hal ini amatlah perlu diberikan perhatian oleh semua pihak terutamanya para pengundi di negara kita.
PAS Johor mengingatkan lagi seluruh rakyat Malaysia agar mengambil peluang dalam Pilihanraya Umum PRU-15 ini agar dapat membuat pilihan terbaik dengan mengundi calon Perikatan Nasional.
Ini kerana selama tempoh ini, terbukti pemimpin Perikatan Nasional (PAS) bersih daripada rasuah. Begitu juga pemimpin daripada parti komponen Perikatan Nasional yang lain yang amat prihatin terhadap keperluan rakyat.
Antara perkara yang menjadi prinsip utama Perikatan Nasional adalah prihatin rakyat, bebas rasuah dan berintegriti serta berkebajikan.
Walaupun Perikatan Nasional merupakan gabungan yang baharu, namun ianya telus di atas prinsip perjuangan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Justeru adalah disarankan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk memberikan undi kepada calon Perikatan Nasional di mana jua mereka berada. Perikatan Nasional prihatin dan telus dalam memenuhi inspirasi rakyat Malaysia.
‘Malaysia Sejahtera’
Abu Irfan Muhammad Al-Urduni,
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor.
23 Rabi’ul Awwal 1444
20 Oktober 2022