• Mon. Mar 17th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PSMCK sokong MB Kedah: Pulau Pinang tak pernah terpisah dari Kedah

May 31, 2023
Spread the love

Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) mengulangi pendirian bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah dari dulu sehingga kini.

Pengerusi PSMCK, Dr Ibrahim Bakar berkata, perkara itu amat jelas melalui aspek sejarah, malah Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah terpisah dari Kedah.

Beliau berkata, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah sejak dari awal sebelum keadaan Pulau Pinang mulai berubah selepas kedatangan ejen Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light.

“Bermula sejak 1786, berlaku pendudukan Pulau Pinang oleh Inggeris iaitu pendudukan haram (fasa pertama), pendudukan permaksaan (fasa kedua) dan perjanjian berat sebelah Seberang Perai (fasa ketiga). Sejak itulah, berlakunya pendudukan Pulau Pinang.

“Kita akui ada pajakan dan masih dibayar kepada Kedah sehingga kini. Kalau diandaikan pulau itu suatu barangan atau premis kedai, manakala barang itu yang kita pajak, Dan apabila orang masih bayar pajakan itu, maka pemiliknya yang sah tidak perlu dibincang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, terdapat pelbagai fakta menjelaskan tentang pendudukan Pulau Pinang termasuklah klaus perjanjian yang babitkan ketenteraan, untuk menjaga perairan Kedah.

“Semasa Federal Constitution (Perlembagaan Persekutuan) dibuat, bayaran kepada Kedah tetap tidak diabaikan. Maknanya, isu ini dibincang tetapi hak Sultan Kedah terhadap Pulau Pinang diambil kira.

Sumber Sinar Harian