• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

PT3 dimansuhkan mulai 2022 – Menteri Pendidikan

Jun 2, 2022
Spread the love

Tiada lagi Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mulai tahun ini, demikian umum Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau membuat pengumuman berkenaan menerusi satu sidang media khas di kementeriannya di Putrajaya, pada Khamis.

“PT3 akan dimansuhkan mulai 2022,” katanya dalam sidang media tersebut.

Sebelum ini, peperiksaan PT3 bagi pelajar Tingkatan Tiga ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 ekoran penularan wabak Covid-19.

Tambah beliau, kementeriannya akan menambah baik penilaian berasaskan sekolah dan bilik darjah untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar.

Perbincangan mengenai pemansuhan PT3 semakin rancak terutamanya selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam dimansuhkan pada 2021.

Untuk rekod, pada Februari lalu, Radzi berkata belum ada keputusan dibuat mengenai PT3 kerana kementeriannya masih mengkaji pendekatan terbaik di samping mengambil kira tahap penguasaan pelajar. – THE STAR