RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, ditabalkan sebagai perdana menteri, jawatan yang secara tradisinya dipegang oleh raja, dalam rombakan kabinet yang diumumkan pada Selasa (27 Sep).
Langkah itu sekali gus merasmikan kuasa yang sudahpun dimiliki Putera Mohammed, yang menjadi pemimpin negara itu selama beberapa tahun, menurut para pakar analisis.
Ketua-ketua kementerian lain, termasuk bagi kementerian dalam negeri, luar negara dan tenaga, tetap dikekalkan, menurut dekri diraja dari Raja Salman yang diterbitkan agensi akhbar rasmi Arab Saudi.
Putera Mohammed, 37 tahun, menjadi yang pertama untuk menggantikan bapanya sebagai raja sejak 2017.
Sejak bertahun-tahun lamanya, Arab Saudi berusaha menghentikan spekulasi berhubung kesihatan raja berusia 86 tahun itu, yang sudah memerintah negara pengeksport terbesar minyak di dunia sejak 2015.
Pada 2017, pihaknya menyangkal laporan dan spekulasi memuncak bahawa raja itu merancang turun takhta untuk digantikan Putera Mohammed.
Raja Salman dimasukkan ke hospital dua kali tahun ini, dengan yang terbaru adalah bagi tempoh seminggu pada bulan Mei, melibatkan ujian, termasuk kolonoskopi, menurut media negara.
Sumber : AFP