Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.
Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian.
Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.
Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insuran di Prudental.
Bagaimanapun jumlah ini sangat sedikit berbanding pelaburan di Invoke.
Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.
Dia juga mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.
Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.
Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.