• Wed. Sep 11th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Rafizi kantoi rupanya ‘Hapus PTPTN’ ada dalam manifesto PH

Feb 14, 2023
Spread the love

Ahli Parlimen (MP) Perikatan Nasional (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membuktikan penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar, memang ada dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Sambil menafikan beliau cuba mengelirukan Dewan Rakyat berhubung janji PH untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, Ketua Armada Bersatu Malaysia itu menegaskan PH memang ada meletakkan janji tersebut dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau mengulas usul yang dibuat oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap dirinya kerana didakwa membuat kenyataan mengelirukan berhubung janji tersebut.

“Saya nak tunjuk kepada media ini manifesto PH pengampunan hutang PTPTN bersasar ada. Ada kenyataan dibuat. Saya tidak menyalahi Dewan Rakyat. Saya tidak kata hutang PTPTN ini dihapuskan secara total tetapi saya kata memang ada.

“Saya tanya apa iltizam kerajaan. Apakah polisi kerajaan hari ini berhubung hutang PTPTN,” kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini sambil menjelaskan bahawa anak muda ingin tahu mengenai polisi tersebut.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, berdasarkan jawapan Rafizi, beliau yakin PH tidak ingin menunaikan janji berkenaan.

“Manifesto ini nampaknya tidak ingin dijadikan rujukan oleh mereka untuk dilunaskan janji-janji selepas menjadi kerajaan. Kalau kita imbau, banyak pihak berjanji dan orang yang paling banyak janji dengan formula adalah YB Pandan.

“Jangan kata, ini bukan kitab suci lagi. Saya rasa kita sudah melepasi fasa tersebut. Apakah pendirian sebenar kerajaan. Itu saya tidak nampak,” katanya.

Terdahulu Rafizi mengusulkan supaya Dewan Rakyat mengambil tindakan terhadap Wan Ahmad Fayhsal.

“Mengikut peraturan 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dewan adalah disifatkan menghina majlis, dan ahli tu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

“YB Machang sebelum ini menyatakan bahawa dalam manifesto PH sebelum ni (ada janji) menghapuskan PTPTN. Itu satu pembohongan kerana tak ada janji tu dalam manifesto PH baru-baru ini.

“Perkara itu suatu pembohongan yang jatuh (merujuk) kepada Perkara 36 (12). Saya minta dewan ambil tindakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.