Sokongan kepada PN makin mereda.
Kata seorang ‘pakar formula’, berdasarkan kajiannya;
“Data setakat bulan Jun menunjukan peralihan luar biasa pengundi terhadap PN semakin mereda.”
“Berdasarkan angka, tidak banyak kredibiliti kalau PN ingin mendakwa mereka semakin hampir ambil alih Kerajaan Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang.”
“PN ingin menutup kebimbangan mereka bahawa keadaan sengit yang akan berlaku bukan di Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang, tetapi sebenarnya di Kedah dan Kelantan.”
Orang yang menang dalam keadaan goyang ini memang akan sentiasa merasa terumbang-ambing walaupun sudah berada di atas.
Bukan Rafizi tidak tahu rakan politik mereka juga sebenarnya mengancam kedudukan mereka dalam kerajaan MADANI hari ini.
Mungkin Rafizi perlu mengkaji kajian dari seorang penanalisis politik, Prof Kartini Aboo Talib dari UKM.
“UMNO dijangka berdepan kesukaran untuk menang pada PRN di enam negeri kerana penolakan orang Melayu, sekali gus memberi kesan kepada penurunan sokongan kepada PH.”
“DAP seperti musang berbulu ayam.”
Adakah DAP jujur dalam hubungan kerjasama mereka dengan UMNO yang mahu memperjuangkan kepimpinan Melayu?
Sedangkan DAP,
- Pernah meminta kebebasan murtad diberikan kepada orang Islam. Apa perasaan orang Islam?
- Pernah meminta status kaum pada IC digugurkan. Apa perasaan orang Melayu?
- Pernah melabel PAS sebagai Taliban. Semua orang tahu Taliban itu dikaitkan dengan ekstremis dan teroris. Bukakah itu kenyataan mengancam keharmonian?
- Pernah berkata kita tidak perlu lagi kepada kepimpinan Melayu. Orang yang sama juga menghina UMBO BN sebagai parti korup.
Kepincangan rumah tangga, tidak sehaluan dan tidak sefrekuensi sesama Kerajaan Madani ini yang lebih patut membimbangkan Rafizi.
7 bulan ini sepatutnya rakyat membaca data dan kajian yang menunjukkan PH benar-benar berjaya menjaga ekonomi rakyat dan negara.
Namun data yang kita ada hanyalah, ringgit jatuh teruk, pasaran saham jatuh menjunam dan rakyat hanya dihidangkan dengan kemelut politik tak berkesudahan.
Inikah saingan sengit yang dimaksudkan Rafizi?
Jika ya, PN tidak akan pernah bimbang malah akan lebih bersemangat untuk membuktikan gelombang rakyat bersama PN.
MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Selangor
Bertarikh: 6 Julai 2023