• Sun. Feb 25th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Rakyat diminta peka amaran banjir

Dec 13, 2022
Spread the love

RANTAU PANJANG – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi
meminta seluruh rakyat peka terhadap amaran banjir yang dikeluarkan oleh pihak berwajib dan sedia berpindah.

Sementara di pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula katanya, sentiasa bersiap sedia dari segi petugas dan peralatan khususnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir besar sebagaimana yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini beberapa hari lepas.

Petugas tersebut terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan Penyelamat, PDRM, RELA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuklah 10 daripada agensi lain.

“Dari segi persediaan peralatan pula mereka akan digerakkan bersama 6 ribu aset termasuk kenderaan, jentera, bot, khemah, genset dan lain-lain.


Bagi persiapan bekalan makanan pula, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah pun menyediakan sebuah Depot simpanan Keperluan Bencana (DSKB), 17 stor bencana di peringkat negeri, daerah, mini depot, kontena dan 156 pengkalan hadapan di seluruh Kelantan,” jelasnya ketika menziarahi penghuni Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual Periok, hari ini.

Beliau yang diiringi Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff turut memaklumkan Kerajaan Negeri juga telah melantik 65 pembekal barangan makanan kering berserta 106 pembekal pek makanan siap dimasak bagi keperluan semua jajahan untuk digunakan ketika musim banjir

Terdahulu, menurut info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka antaranya di Putat Tujoh, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin dan Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Sekolah Kebangsaan Tok Deh.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.