• Sun. Jun 4th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Rakyat Malaysia perlu belajar dari Sabah, Sarawak

Nov 30, 2022
Spread the love

Ketika ada rakyat di Semenanjung yang masih memainkan isu perkauman antara 2 bangsa, Melayu dan Cina, Borneo dengan puluhan etnik telahpun hidup secara harmoni dalam perbezaan yang ada.

Fun fact,

Borneo diduduki oleh pelbagai kaum yang datang dari Brunei, Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Di Sabah sahaja terdapat 32 kumpulan etnik yang menggunakan lebih dari 50 bahasa dan mencecah 90 dialek.

Pada tahun 1973, DUN Sabah telah meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri Artikel 5(A) dengan menetapkan agama Islam sebagai Agama Negeri tanpa menghalang agama-agama lain diamalkan.

Hari ini, kita dapat menyaksikan rakyat Sabah kekal bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing.

Di Kuching pula kita akan menemui masjid, tokong dan gereja yang duduk berdekatan dengan kurang 500 meter antara satu sama lain.

Dari kecil, mereka dibiasakan hidup bersama. Perkahwinan campur antara etnik juga tidak menjadi permasalahan bahkan telah menjadi satu ciri istimewa.

Kepelbagaian ini adalah aset yang harus dibanggakan. Walaupun wujud jurang perbezaan dari segi etnik, bangsa dan agama, rakyat Borneo masih hidup bertoleransi serta bertolak ansur antara satu sama lain.

Masyarakat di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu ini sewajarnya menjadi model perpaduan buat penduduk semenanjung dalam meraikan kepelbagaian sebagai sebuah negara majmuk.

Kita perlu belajar dari mereka.