• Mon. Mar 17th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

“Rakyat nak tengok Harimau Malaya bukan penyanyi Taiwan” kata Wan Fayhsal

Jan 6, 2023
Spread the love

RAKYAT NAK TENGOK HARIMAU MALAYA BUKAN JAY CHOU!

Armada Bersatu Malaysia kecewa kerana Stadium Nasional Bukit Jalil tidak digunakan secara penuh untuk perlawanan bola sepak separuh akhir pertama Piala AFF.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pada separuh akhir Piala AFF 2018, 87,545 penyokong hadir namun pada tahun ini, 21,000 tempat duduk terpaksa dikorbankan oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.

“Kenapa konsert hiburan oleh penyanyi Taiwan ini begitu penting berbanding maruah sukan negara dan kemahuan penyokong Harimau Malaya? Di saat kita ingin pupuk perpaduan dan patriotisme negara melalui sukan khususnya bola sepak, boleh pula diberi alasan sebegitu.

“Ini masalah bila Stadium Nasional yang sepatutnya mengutamakan sukan negara digunakan untuk acara lain yang sepatutnya boleh saja dibuat di tempat lain contohnya di Axiata Arena,” katanya menerusi kiriman di facebooknya sebentar tadi.

Beliau berkata hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih!.

Justeru katanya, Menteri Belia dan Sukan perlu gunakan segala kuasa yang beliau ada untuk perbetulkan keadaan ini. Korbankan konsert artis Taiwan ini untuk membolehkan majoriti rakyat yang mahu menonton Harimau Malaya beraksi dalam sukan no. 1 negara!

“Jangan khianati perjuangan para perwira negara kami! Ini MALAYSIA FIRST!,” katanya.