• Sat. Dec 7th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Rakyat tambah sengsara, harga beras import naik bulan depan

Jun 24, 2023
Spread the love

RINGGIT MELEMAH BERI KESAN KEPADA BARANG IMPORT, HARGA BERAS MULAI NAIK BULAN DEPAN RAKYAT MULA SENGSARA

Setelah lebih 6 bulan Dato Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah nilai matawang ringgit terus melemah dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih.

Penat penyokong-penyokong mencanang rata Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan terbaik dunia hakikatnya kini ekonomi Malaysia merudum dan bertambah parah berbanding empat Perdana Menteri sebelum ini.

Akibat daripada Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi yang lemah menyebabkan tiada tanda ekonomi negara akan bertambah baik malah ia beri kesan kepada kos sara hidup rakyat yang semakin menekan.

Rata-rata peniaga merungut dengan kuasa beli pengguna dan pembeli yang semakin merosot menyebabkan banyak peniaga terpaksa gulung tikar.

Harga beras import di pasaran dijangka akan meningkat antara RM1 ke RM2 untuk beras kampit 10 kilogram bermula bulan depan, susulan kelemahan ringgit dan kenaikan kos buruh serta tarif elektrik.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, kenaikan itu membabitkan beberapa jenis beras, antaranya beras putih import, beras basmathi dan beras wangi.

Sudah tentu kesan domino atau kesan rangkaian berkaitan makanan beras akan menaikkan harga barang makanan yang lain. Ditambah pula dengan kenaikan tarif elektrik.

Pihak kerajaan ada mengumumkan akan melancarkan falsafah baru ekonomi Malaysia bagi meletakkan halatuju yang jelas untuk merancakkan kembali ekonomi negara. Namun begitu rakyat sudah hilang percaya kepada tindakan yang lambat dan lembap daripada kerajaan tambahan pula ada Menteri yang bersikap lepas tangan dengan keadaan ekonomi yang meruncing.

Ringgit terus melemah kepada 4.68 berbanding USD malah didapati terus melemah berbanding nilai matawang negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Keadaan ini memberi gambaran kelemahan wawasan ekonomi kerajaan yang ada sekarang dan bukan disebabkan kesan daripada luar seperti perubahan dasar ekonomi Amerika Syarikat atau kelemahan ekonomi rantau Eropah.

Sekiranya keadaan ekonomi yang semakin parah ini gagal ditangani Maka tidak mustahil rakyat terpaksa bangkit ke jalan untuk menuntut perubahan kepada kerajaan segera dilakukan. Anwar harus segera bertindak serius beri perhatian kepada pembaikan ekonomi selain daripada kegilaan beliau kepada konsert dan tindakan tunjuk langit yang langsung tidak beri apa-apa kebaikan kepada rakyat.

Ditulis oleh
Abu Fateh