Kebiasaannya, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dipenuhi dengan kanak-kanak Melayu kerana ia merupakan pusat pendidikan yang berasaskan pembelajaran agama Islam. Namun berbeza pula dengan sebuah sekolah PASTI di Johor ini dimana pelajarnya terdiri daripada seorang kanak-kanak berbangsa India. Walaupun berlainan agama, murid cilik tersebut sudah fasih berbahasa Arab!
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ismail telah memuat naik beberapa keping gambar Reshannya dimana kanak-kanak tersebut boleh membaca beberapa doa seperti doa makan dan doa belajar dalam bahasa Arab.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata mereka memuji tindakan murni ibu bapa Reshannya disamping mendoakan kecemerlangan buat kanak-kanak tersebut.
Sumber: IsmaJannah