• Tue. Sep 26th, 2023

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ras Adiba, Tun Faisal sertai BERSATU

Jul 10, 2023
Spread the love

Tokoh masyarakat yang banyak berjasa kepada komuniti OKU dan bekas Timbalan Ketua Umno Putrajaya umum sertai Perikatan Nasional.

Mereka berdua ialah Ras Adiba dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Pengumuman itu dibuat semasa Pelancaran Jentera Perikatan Nasional Negeri Sembilan malam tadi. Watikah keahlian diberikan sendiri oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Permohonan menyertai Bersatu pula diserahkan oleh bekas Ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas Ketua Cabang PKR Jelebu, Yus Mazmi Ahmad Yusof.

Lebih ramai lagi tokoh masyarakat dan ahli politik bakal membantu berkempen bersama-sama Perikatan Nasional.