• Thu. Feb 6th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Razman bakal saman facebooker, jika gagal mohon maaf kerana memfitnah

Spread the love

PAK TEH BAKAL AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG JIKA MOHD AZIZIE ABD AZIZ GAGAL MOHON MAAF SECARA TERBUKA KERANA MEMFITNAH.

IPOH, 29 JULAI 2022 – Pagi ini Pesuruhjaya PAS Negeri Perak merangkap Ahli Exco Kerajaan Perak yang juga ADUN Gunung Semanggol, Pak Teh YB Haji Razman Zakaria mendapat maklum bahawa satu fitnah jahat yang cuba dihidupkan semula oleh seorang pemegang akaun FB atas nama Mohd Azizie Abd Aziz yang ditabur dalam FB:-

https://www.facebook.com/10000058…/posts/5941148799248007/

Sebelum ini pada 8hb Mac 2021 Pak Teh telah pun melaporkan kepada polis tentang poster yang tersebar pada tahun lepas:-

https://www.utusan.com.my/…/pas-perak-lapor-polis…/

Pihak Pak Teh masih lagi menunggu hasil siasatan tersebut.

Pagi ini fitnah yang sudah tidur dikejutkan semula oleh penama Mohd Azizie Abd Aziz didinding FB milik peribadinya.

Atas ehsan dan bertimbang rasa maka Pak Teh terlebi dahulu memberi tempoh 24 jam kepada beliau untuk memohon maaf secara terbuka di Facebook peribadinya dan sekirannya gagal melakukan seperti dipohon maka Pak Teh YB Haji Razman Zakaria tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

TENKIU