• Fri. Feb 23rd, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Razman gesa kerajaan utamakan hak 42 keluarga orang asli Kg Sungai Sunji

Mar 7, 2023
Spread the love

HAK MASYARAKAT ORANG ASLI KG SUNGAI SUNJI PERLU DIPERTAHANKAN, UTAMAKAN KEBAJIKAN MEREKA – KETUA PEMBANGKANG DEWAN NEGERI PERAK

Hari ini saya dan YB Ustaz Hafez Sabri, ADN Manjoi telah mengadakan lawatan ke masyarakat orang asli di Kampung Sungai Sunji bagi mendengar sendiri permasalahan yang ditimpa komuniti orang asli di sini yang diketuai oleh Tok Batin, Alang Apok Sitam.

Kami amat bersimpati dengan nasib mereka di sini apabila seramai 42 keluarga di sini diminta untuk keluar daripada kediaman masing – masing dengan mengosongkan lot lot tanah dalam tempoh 30 hari sedangkan mereka telah lebih 32 tahun, melebih 7 keturunan mendiami kawasan tersebut yang menjadi tanah adat suku temiar tersebut.

Gesaan untuk pihak kerajaan dapat menimbang semula keputusan dan mengutamakan rakyat yang perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin melalui proses rundingan yang terbaik. Kebajikan rakyat di sini perlu diberikan perhatian bukan hanya kepada kelompok tertentu yang boleh diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Sebagai makluman tambahan, terdapat sebuah tangki simpanan air dan projek empangan air bersih yang telah menelan kos jutaan ringgit telah dibangunkan oleh agensi kerajaan untuk kegunaan masyarakat disini, amat malang jika diteruskan kepada projek musang king sahaja kerana tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada orang awam.

Pihak kami akan mengadakan tindakan selanjutnya melalui perjumpaan dan perbincangan bersama agensi yang terlibat. Kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Terdahulu, komuniti masyarakat orang asli di sini telah menyerahkan memorandum bantahan kepada pejabat menteri besar Perak.

Saya berharap agar siasatan dan tindakan lanjut perlu disegerakan memandangkan tempoh yang diberikan amatlah singkat dan merisaukan penduduk orang asli di sini.

YB HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA
KETUA PEMBANGKANG DEWAN NEGERI PERAK MERANGKAP ADN GUNUNG SEMANGGOL