DARI PEJABAT KETUA PEMBANGKANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK
Segala puji bagi Allah, Pilihan Raya Umum ke – 15 telah tamat dan rakyat telah memilih wakil mereka untuk dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Alhamdulillah, Perikatan Nasional (PN) Perak telah berjaya memperoleh kerusi terbanyak di negeri Perak Darul Ridzuan iaitu sebanyak 26 kerusi berbanding parti-parti lain (Pakatan Harapan 24 kerusi, BN 9 kerusi).
Kerusi-kerusi yang telah dimenangi PN Perak ialah DUN Pengkalan Hulu, Kenering, Selama, Kubu Gajah, Batu Kurau, Titi Serong, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Gunung Semanggol, Selinsing, Kuala Sepetang, Trong, Changkat Jering, Chenderoh, Lubok Merbau, Kamunting, Manjoi, Bukit Chandan, Manong, Sungai Manik, Kampung Gajah, Pasir Panjang, Pangkor, Changkat Jong, Bota dan Slim.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan Perikatan Nasional dan PAS di peringkat pusat serta PN Perak yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai barisan Ahli-Ahli DUN PN sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri.
Insya-Allah, PN Perak akan memainkan peranan penting sebagai semak dan imbang kerajaan gabungan BN-PH.
Razman Zakaria
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol
Timbalan Pengerusi 1 Perikatan Nasional Perak
Pesuruhjaya PAS Perak