• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

‘REE’ bernilai tinggi wujud di Kelantan

Jul 5, 2023
Spread the love

KOTA BAHRU, 5 JULAI 2023 – Baru-baru ini Timbalan Menteri Besar Kelantan cakap, Kelantan akan jadi kaya jika REE yang dijumpai di Kelantan diurus dengan baik untuk penjanaan ekonomi Kelantan.

Ramai orang ‘troll’ katanya Timbalan Menteri Besar Kelantan sembang kosong. Selama 30 tahun Kelantan PAS pegang, kenapa Kelantan tak kaya?

Pertama, prestasi kewangan Kelantan terbukti semakin baik setiap tahun.

Sudah 5 tahun berturut-turut,, Kelantan mempunyai ‘surplus’ dalam kewangan negeri.

2017 – 38.2 Juta
2018 – 40.4 Juta
2019 – 45.44 Juta
2020 – 47.61 Juta
2021 – 445.69 Juta

Pelaburan masuk dan peluang pekerjaan juga bertambah dengan projek besar yang sedang dijalankan.

  1. RKK Bandar Dato’ Petra – 5,000 peluang kerja
  2. Taman Perindustrin IBS – 3,500 peluang kerja
  3. Taman Perindustrian Tok Bali – 4,200 peluang kerja
  4. Wilayah Ekonomi Pantai Timur – 1,724 peluang kerja dan 430 peluang perniagaan

Kedua, REE memang ada ditemui di Kelantan dan sudah ada kajian dibuat untuk mengesahkannya. Ia tidak semudah mencari durian gugur di kebun dan bawa jual tepi jalan.

Ada proses yang panjang dan teliti perlu dijalankan terlebih dahulu. Jadi ringkasnya apa itu REE dan apa kegunaannya?

REE ialah singkatan daripada ‘rare earth elements’ atau dalam Bahasa Melayu, unsur nadir bumi.

Ada dua kempulan, ‘light REE’ (LREE) dan ‘heavy REE’ (HREE).

Di Malaysia, REE ini wujud daripada mineral yang ada dalam batuan granit. REE sangat penting untuk kegunaan teknologi hari ini, terutamanya teknologi hijau.

Zaman sekarang, banyak industri sedang menuju ke arah teknlogi hijau untuk kurangkan penghasilan karbon yang tidak baik untuk alam sekitar dan juga untuk penggunaan elektrik yang lebih jimat.

Pada 2020, satu kajian dibuat oleh penyelidik UMK untuk mengkaji kewujudan REE dalam batu granit di Gua Musang. 5 jenis LREE dan 10 HREE ditemui.

Di semenanjung Malaysia, jumlah REE yang dilaporkan wujud berjumlah antara 85 ke 414 bahagian per juta (ppm).

Di bahagian Pantai Timur, berjumlah antara 85 ke 327 ppm.

Mengejutkan, yang dijumpai di Gua Musang menunjukkan kepekatan yang tertinggi pada 574.39 ppm dan yang terendah pada 79.79 ppm.

Kemudian pada 2021, kajian seterusnya dibuat untuk mengkaji kewujudan REE pada 15 sampel batu granit di seluruh Kelantan.

Daripada 15 sampel yang dikaji, sampel dengan dengan jumlah REE tertinggi adalah di Jeli iaitu 3164.93 ppm kemudian di Berangkat 1036.66 ppm.

Jumlah LREE dalam semua 15 sampel itu ialah 5350.69 ppm dan jumlah HREE 1491.27 ppm.

Sejak RMK-11 lagi, ada juga kajian dibuat oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negara dan ketika itu jumlah nilai REE dalam negara dianggarkan sekitar 182 bilion dolar US.

Pakar mengatakan harga pasaran dunia bagi REE boleh mencecah 1,000 dolar US untuk 1 kilogram.

Jika sumber ini berjaya diteroka dan diurus dengan baik, maka tidak mustahil kekayaan hasil bumi ini akan menjadi pemacu ekonomi Kelantan di masa hadapan.

Muhammad Nabil bin Zulkifli
Darulnaim Research Centre