.
SEORANG REMAJA MAUT AKIBAT LEMAS DI TASIK CERMIN (MIRROR LAKE)
JBPM Negeri Selangor menerima panggilan kejadian lemas pada jam 12.16 tengah hari. Kejadian dilaporkan berlaku di Tasik Cermin Setia Alam, Shah Alam, Selangor.
Pasukan bertugas daripada BBP Kota Anggerik yang diketuai oleh PBK II Fakhrullah bin Abdul Manah telah digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.
Kejadian tersebut melibatkan seorang mangsa lelaki remaja berusia 16 tahun dilaporkan telah hilang dan dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti mandi-manda di Tasik Cermin.
Mangsa berjaya ditemukan oleh Pasukan Khas PPDA pada kedalaman 3 meter dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Info/kredit: JBPM Negeri Selangor