• Mon. Sep 9th, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Remaja tercucuk anak panah di hidung sewaktu menangkap ikan

Mar 18, 2023
Spread the love

RANAU – Bilik kawalan BBP Ranau terima panggilan kecemasan daripada pihak Hospital Ranau pada jam 4.59 petang yang memaklumkan terdapat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah tercucuk anak panah di bahagian hidung dan memohon bantuan pihak Bomba untuk memotongnya.

Pasukan bertugas yang hadir ke hospital telah bertindak memotong anak panah tersebut dengan menggunakan ‘bolt cutter’ dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya. Setelah selesai, operasi ditamatkan pada jam 5:11 petang.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah