• Fri. Mar 1st, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Ringgit jatuh terjunam hari pertama urus niaga 2024

Jan 3, 2024
Spread the love

RINGGIT mengakhiri hari pertama urus niaga 2024 pada Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen berhati-hati menjelang pengumuman beberapa data ekonomi minggu ini, termasuk inflasi Eropah dan makumat penggajian AS.

Pada jam 6 petang ini, ringgit turun ke paras 4.6035/6080 berbanding dolar AS daripada paras 4.5900/598 pada akhir Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit susut ke paras 4.6060 pada sesi pagi ini sebelum mengukuh kepada 4.6005 pada sesi urus niaga tengah hari.

Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama lain, meningkat 0.12 peratus kepada 101.450 mata.

Beliau juga menyifatkan dari sudut teknikal, ringgit sudah berada dalam situasi belian berlebihan yang akan disusuli dengan beberapa pembetulan teknikal.

“Melangkaui aspek teknikal pula, pandangan mengenai penurunan kadar faedah di AS akan terus menjadi pemacu utama bagi peningkatan ringgit.

Sehubungan itu, maklumat-maklumat akan datang seperti tawaran kerja dan penggajian bukan perladangan AS adalah kritikal untuk menyokong pandangan sedemikian,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun pada 3.2317/2552 daripada 3.2356/2415 pada Jumaat dan naik berbanding euro kepada 5.0685/0734 daripada 5.0729/0817.