• Fri. Mar 1st, 2024

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

RM7,000 wang jamin ditetapkan ke atas PapaGomo

Jan 8, 2024
Spread the love

Puan Hakim Mahkamah Seksyen Cyber menetapkan tertuduh Wan Muhammad Azri dijamin RM 7,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaraya sebelum itu memohon mahkamah agar tertuduh tidak membuat sebarang kenyataan berhuhung kes yang dituduh namun Puan Hakim menolak permohonan pendakwaraya.

Wan Muhammad Azri atau dikenali dengan nama Papa Gomo atau Sir Azri dituduh dibawah seksyen pertuduhan 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 ekoran kenyataan nya mendakwa YAB Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim proksi kepada negara Israel dan Barat.

Ini merupakan pertuduhan politik yang zalim lagi kejam dilakukan kerajaan pimpinan YAB PM Anwar Ibrahim ke atas rakyat marhaen apabila dituduh dibawah Akta Hasutan 1948.

Ini juga merupakan kes Akta Hasutan yang ke dua setelah sebelum ini YAB Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor dituduh dibawah Seksyen 4(1)(a)Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan bermotifkan politik ini jelas memperlihatkan pimpinan kerajaan Anwar Ibrahim menggunakan kuasa yang ada untuk menyerang seteru politik pembangkang.

Rakyat perlu jelas bahawa tuduhan bermotifkan politik ke atas musuh musuh Anwar Ibrahim merupakan satu penyelewengan kuasa yang berlaku dibawah pentadbiran Kerajaan Madani.

Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim Zalim.

Sumber : Team Walabot