SHAH ALAM, 7 FEB 2022 – Lebih 50 gelandangan di sekitar Pelabuhan Klang dan Klang, menerima sumbangan makan malam.
Program berkenaan dianjurkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikumpulkan di dalam satu badan yang dinamakan Rumah KASEH.
Menurut Pengerusinya Encik Izam Awaluddin, Misi bantuan itu melibatkan kira-kira 15 sukarelawan manakala sumbangan pula adalah infaq daripada beberapa pihak termasuk NGO terlibat.
“Kebiasaannya kami membuat program pengagihan ini secara mingguan dan kali ini bekerjasama dengan ramai pihak” katanya ketika ditemuramah oleh media Khidmat Malaysia malam tadi.