RUMAH URUT DI SELANGOR MAKIN BERLELUASA, SIAPA DALANGNYA?
- Di Selangor, terdapat 133 rumah urut berlesen di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mencatatkan bilangan rumah urut berlesen terbanyak iaitu sebanyak 31 rumah urut.
- Namun, itulah hanyalah data rasmi kerajaan Selangor. Jika dilihat secara realiti di lapangan, rumah-rumah urut ini sangat berleluasa terutama rumah-rumah urut haram dan tidak berlesen. Bahkan papan tanda rumah-rumah urut ini sungguh besar mengalahkan papan-papan tanda perniagaan yang lain. Bagaimana Pihak Berkuasa Tempatan tidak sedar dengan kewujudannya? Atau ada dalang di sebalik isu ini?
- Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu seorang Menteri kerajaan Anwar-Zahid iaitu Tiong King Sing yang cuba menyelamatkan wanita warganegara China di KLIA. Persoalannya, apa keistimewaan wanita tersebut sehingga Menteri Pelancongan pun sanggup melanggar protokol keselamatan negara demi menyelamatkan wanita tersebut? Jelas tindakan sebegitu menjadi bukti bahawa menteri PH-BN tidak menghormati undang-undang negara kita yang berdaulat ini.
- Berdasarkan maklumat terbaru, wanita yang mahu diselamatkan oleh menteri tersebut telah pun pulang ke negara asal. Mengapa tergesa-gesa untuk pulang sedangkan menteri sendiri mempertahankan mereka untuk dilepaskan di KLIA, malah menuduh pihak berkuasa mengamalkan rasuah di pintu masuk negara tersebut. Besar sungguh tuduhan ini.
- Rekod Kementerian Dalam Negeri menyatakan terdapat lebih 1.2 juta warga China yang dikesan tidak keluar dari Malaysia sejak 2018 hingga 2021. Kebanyakan mereka inilah yang didapati merancakkan aktiviti rumah urut yang sangat berleluasa terutamanya di Selangor.
- Jika isu kedaulatan negara pun tidak dihormati, apalah lagi yang mahu diharapkan dengan kerajaan Kakistokrasi Anwar-Zahid ini. Tolak pengkhianat negara ini dengan menolak PH-BN dalam pilihanraya negeri 12 Ogos 2023 nanti.
- Rakyat perlukan masa hadapan yang lebih baik, dan penyelesaiannya itu ada pada Perikatan Nasional.
Ayuh! Undilah PERIKATAN NASIONAL.
Media Penerangan
Perikatan Nasional Selangor