• Sun. Jan 26th, 2025

Media Fastaqim

Berita Semasa, Artikel dan Video Nasional

Rumusan Debat Perdana Anwar vs Najib

Spread the love

SHAH ALAM, 12 MEI 2022 – Dari pengamatan, pendengaran dan penilaian, boleh dirumuskan yang untung ialah Anwar Ibrahim sebaliknya yang rugi ialah Najib Razak.

Untungnya kepada Anwar Ibrahim apabila butiran dan cara beliau mengupas isi debatnya sama ada bahasa tubuh, penggunaan bahasa, mengawal intonasi ucapan dan raut wajah, jelas sekali kena terima hakikat yang Anwar Ibrahim telah sebanyak sedikit berjaya mengubat imej parahnya yang ditolak rakyat walaupun tidak sepenuhnya. Beliau diakui mendapat sedikit keuntungan politik walaupun tidak cukup untuk diangkat sebagai tokoh menjadi calon PM ke-10.

Sebaliknya, yang rugi besar ialah Najib Razak dimana popularitinya di media sosial kini terjejas teruk apabila cara beliau berhujah dan berdebat saling tak tumpah berucap didepan khalayak ramai ketika beliau menjawat PM ke-6. Langsung tiada beza. Setiap butiran hujahnya mudah sahaja dikilas dan dipatahkan oleh Anwar Ibrahim secara berseloroh dan selamba batu.

Rumusannya, rakyat mampu membezakan kemampuan dan kebolehan kedua tokoh ini dalam budaya politik baharu yang memerlukan perdebatan terbuka dan secara langsung kerap diadakan bagi memberi rakyat ruang dan peluang untuk membuat penilaian.

Debat Perdana malam ini mengimbau kembali tentang suatu debat antara Lim Guan Eng lwn Chua Soi Lek ketika dulu dimana rata-rata kaum Tionghua memberikan reaksi betapa yang memberi keuntungan politik dari debat berkenaan ialah Lim Guan Eng dan D4P dan yang luka parah ialah Chua Soi Lek dan MCA. Ini diterjemahkan dalam bentuk untuk pada PRU berikutnya.

Lepas ini, pihak Najib perlu fikir semasak-masak dan sedalam-dalamnya ketika dicabar untuk berdebat. Berdebat tidak sama dengan sekadar menulis di media sosial.

TENKIU